Monday, August 1, 2011

Rasisme

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rasisme (bahasa Inggeris:Racism) merupakan satu bentuk kepercayaan, sikap dan amalan yang mendiskriminasi segolongan manusia berdasarkan ciri-ciri perkaumannya. Pada dasarnya, kepercayaan ini mengandaikan bahawa manusia boleh dibahagikan kepada kaum yang berbeza; dan serentak itu, ia juga mengandaikan bahawa nilai dan darjat seseorang boleh ditentukan berdasarkan kaum yang diwakilinya. Dalam bahasa Melayu, konsep rasisme sangat berkaitan dengan perkauman dan juga semangat assabiyah.
Fahaman rasisme sentiasanya akan membawa kebinasaan kepada manusia. Pada kebanyakan masa, rasisme akan melibatkan permusuhan terhadap kaum-kaum yang tertentu. Daripada itu, fahaman ini akan menghasilkan amalan seperti berikut:

Jenis rasisme

Rasisme boleh dibahagikan kepada jenis-jenis yang berikut:
  • Rasisme Individu
    Amalan rasisme yang dilakukan oleh orang perseorangan.
  • Rasisme Struktur
    Amalan rasisme yang dijalankan melalui institusi sosial seperti perundangan dan pendidikan.
  • Rasisme Ideologi
    Amalan rasisme yang disokong oleh justifikasi bersistem. Contohnya, kaum X menganggap dirinya lebih unggul kerana mereka adalah daripada keturunan dewa Y, menurut agama Z.
  • Rasisme Berbalik
    Amalan rasisme yang tercetus sebagai reaksi kepada rasisme. Contohnya, kaum X memandang rendah kepada kaum Y kerana kaum Y memandang rendah kepada kaum X.

Diskriminasi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Diskriminasi merujuk kepada pelayanan yang tidak adil terhadap individu tertentu, di mana layanan ini dibuat berdasarkan kumpulan yang diwakili oleh individu berkenaan. Diskriminasi merupakan suatu amalan yang biasa dijumpai dalam masyarakat manusia. Ia berpunca daripada kecenderungan manusia untuk membeza-bezakan manusia.
Diskrimasi boleh berlaku dalam pelbagai konteks. Ia boleh dilakukan oleh orang perseorangan, institusi, firma, malah oleh kerajaan. Terdapat pelbagai perlakuan yang boleh dianggap sebagai diskriminasi, perlakuan diskrimasi yang ketara adalah seperti berikut:
  • Seorang peniaga enggan berurusan dengan seorang pelanggan berdasarkan kumpulan yang diwakillinya.
  • Seorang majikan memberi gaji yang tidak setimpal dengan sumbangannya kepada pekerja berdasarkan kumpulan yang diwakilinya.
  • Sebuah institusi pendidikan enggan menerima seorang pelajar, walaupun dia mempunyai kelayakan dan masih mempunyai kekosongan dalam institusi berkenaan, disebabkan individu berkenaan mewakili kumpulan tertentu.
Diskriminasi dianggap sebagai sesuatu yang tidak adil berdasarkan prinsip "setiap manusia harus diberi hak dan peluang yang sama"(Bahasa Inggeris: Equal Opportunity)