Friday, October 17, 2014

~~ Hargailah Perasaan Wanita ~~

Lelaki ketahuilah...
Apabila seorang wanita telah jatuh cinta,
Lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
Tetapi lelaki itulah segalanya di hatinya

Lelaki ketahuilah...
Apabila seorang wanita itu mengalirkan air mata
Itu bukan bermakna dia lemah tetapi dia sedang mencari  kekuatan untuk
Untuk terus tabah mencintai lelaki itu





Lelaki ketahuilah...
Apabila seorang wanita marah
Memang dia tak mampu mengawal perasaannya
Tapi, percayalah itu maknanya
Dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu
Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh
Tetapi percayalah,
Semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin banyak pertelingkahan yang berlaku

Lelaki ketahuilah...
Apabila wanita bercakap banyak
Dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas
Tetapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat

Lelaki ketahuilah...
Apabila wanita berkata dia mahu anda berubah
Itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu seadanya
Tetapi dia mahu jadikan anda lebih baik bukan untuk dirinya tetapi untuk masa depan anda

Lelaki ketahuilah...
Apabila wanita cemburu dan tidak mempercayai anda
Bukan bermakna dia tidak sayang tetapi dia terlalu sayang anda
Dan masih menganggap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian
Kadang kadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya
Anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi
Naluri keibuannya sangat kuat
Dia hanya ingin yang terbaik untuk anda

Lelaki ketahuilah
Apabila wanita merajuk jangan kata dia mengada ngada
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen
Tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa di hargai


Lelaki ketahuilah...
Bila ada seorang wanita yang sanggup melepaskan semuanya
Hanya kerana ikhlas bersama kamu dan sanggup hidup dalam kesusahan
Kerana ingin menjaga hatimu dan tidak sanggup melihat marahmu itu
Adalah kerana sifat setianya

Lelaki ketahuilah...
Apabila wanita mengatakan dia rindu sama kamu
Dia memang benar benar maksudkannya
Apabila berjauhan, bayangmu akan sentiasa bermain di mata


Lelaki ketahuilah...
Apabila wanita menjadi degil
Dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
Tetapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya
Percayalah, hati wanita itu lembut
Jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat

Lelaki ketahuilah...
Apabila wanita berkata "tinggalkan saya"
Dia tidak bermaksud untuk menyuruh anda pergi untuk selamanya
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar sahaja
Apabila dia kembali tenang
Percayalah dia akan mencari kamu semula
Itu tandanya dia benar benar mencintai kamu
Wanita sukar mengawal perasaan, dia terlalu emosional
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
Dan sangat sensetif dengan perubahan pada diri anda

Lelaki ketahuilah...
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan wanita itu dengan perbezaan tersendiri
Tetapi sekiranya mereka saling memahami
Mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan
Wanita itu dicipta oleh Allah indah sekali
Disebalik air matanya tersimpan seribu kekuatan
Yang menjadikan seorang lelaki itu berasa selamat bersamanya
Biarpun zahir wanita itu nampak lemah
Tapi dia punya kekuatan sendiri yang bisa menggoncang dunia
Dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya



Jadi hargailah kehadiran seorang wanita dalam hidup anda
Kerana dia didatangkan bukan dengan kelamahan sahaja
Tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
Dan membuat hidup anda lebih sempurna
Dialah bakal menjadi wanita bekerjaya, isteri dan ibu yang terbaik kepada anak anak anda... 








P/S : nukilan ini di copy paste dari fanpage di facebook tanpa ada nama penulis untuk d kreditkan d sini. Terima kasih.... :)