Wednesday, August 18, 2010

LUKA


Pedih benar rasanya bila kita di lukai. Lebih pedih dan sakit bila luka itu bernanah di hati. Menjalar-jalar sakitnya sehingga ke benak.! Mengapakah kita dilukai? Adakah dgn cara itu membuatkan kita lebih sempurna.? Apakah tiada cara lain dari di lukai & melukai.? Terkadang dlm senyap & sunyi perlahan-lahan ia membarah memakan diri...
Siapa yg tak pernah diterjah oleh kata-kata yg melukai hati. Aku....pernah! kau...juga pernah! Kita mmg selalu terluka. Bkan dek pisau yg tajam hujungnya. Bkan juga krna dek tombak pnjang hulunya & bkan pedang yg bisa matanya. Tapi,sembilu yg tersembunyi dlm setiap bait kata-kata. Setiap kali terucap, terhambur pedih tertusuk ke hati. Kita terluka lagi... apakah baiknya kata-kata yg melukakan jiwa itu.? Apakah eloknya sembilu bisa menghiris hati.? Hanya luka yg lebar pnjang berdarah mengalir? Baik dibunuh aje jiwa ini. Baik dihiris-hiris setiap inci diri ini. Tapi,jgnlah di lukai.. peritnya melebihi segala yg di cincang itu.!
Tidakkah kau juga berjiwa,wahai empunya kata.? Di mana letaknya perasaan mu itu bila meluahkannya.? Apakah segala yg zahir dari kita itu tdk cukup memuaskan.? Adakah aku,kau,kita selalu menimbulkan kesangsian mulut-mulut itu.? Termenung seketika bila di fikirkan soal itu. Soal ketidakadilan yg bterus menerus melukai. Mulut itu selalu membelakangi  dari berhadapan. Menjaja kesana,kemari, lebarkan setiap inci sembilu tersembunyi...
Walau tak nmpak kesannya, ia sudah tertuju tepat ke hati ini. Mengapa tidak mahu berkata tanpa membawa sembilu itu.? Kerana ia menyakitkan.!! Tak guna dari berkeras..Cuma mencuba untuk berlembut tapi ia semakin mencengkam. Tidak adakah cara lain yg boleh melukai..?? walau tdk sembuh, tapi cukuplah sekadar penenang. Dari mengusutkan benak berlingkar-lingkar. Wahai  TUHAN yg satu TUHAN yg tdk pernah melukai, tenangkanlah kami semua dari mulut-mulut itu. Ubatlah jiwa yg terluka ini. Hanya KAUlah TUHAN satu tg seba serbi memehami. Yg tahu hikmah di sebalik seyiap kejadiaan. Kau TUHAN yg sentiasa mencintai, syukur masih ada ruang & peluang utk aku,kau,kita hamba yg menadah tangan mohon petunjuk  dari-NYA. Mulut-mulut itu terus melemparkan kata yg melukai.
Biarkan saja.... mulut-mulut itu terus menajamkan sembilunya. Biarkan saja....kerana ia perlu di biarkan. Hanya itu caranya. Tiba masa mereka itu akan mengerti untuk apa kita membiarkan . kerana ku,kau,kita semua tahu apa yg terbaik untuk diri ini. Selagi DIA bersama memberi petunjuk & arah panduan, selagi itu kita pasti tahu kebenaran. Ia bukan mudah kerana ia memerlukan kesedaran. Cukuplah diri kita dari di lukai.. cukuplah sudah..!!!

No comments:

Post a Comment