Wednesday, November 3, 2010

MAAF YANG TAK TERUCAP….

Hanya melalui ini je yang dapat aku nyatakan betapa aku juga berasa sangat bersalah bila aku menghukum kau. Sungguh.! Aku tak mampu nak menyatakannya secara berdepan dengan mu. Kerna, aku juga mahu menjadi ego. Seperti ego yang selalu kau tunjukkan padaku. Aku tak tahu sama ada kau sedar atau tidak atau kau mengetahui tentang perasaan marah ku yang kadangkala sangat membuak-buak dlam hati ini. Pernah juga perasaan itu terzahir tanpa aku sedari dan bukan juga atas niatku. Ianya hadir tanpa mampu untuk aku mengawalnya.. dari jauh aku lihat kau yang berada dalam kesusahan. Aku biarkan saja. Aku biarkan dengan sengaja dengan harapan kau dapat merasa apa yang aku rasa bila aku diperlakukan sebegitu oleh mu.. namun, jujur aku katakana aku juga tidak berasa senang dengan perlakuanku itu.. itu bukan aku..!! seharusnya aku memaafkan saja..dan biarkan saja apa yang telah berlaku.. tapi, entah kenapa aku boleh sampai bertindak dan berniat untuk membalas perbuatanmu.. mungkin kerana aku dah tak mampu menahan segala kemarahan akibat perbuatan mu sebelum ini..bila di kumpul marah itu, terus ianya mengembang dan seterusnya “meletup”.!
Dari jauh, penuh kehilafan, hanya kata MAAF dalam hati yang mampu aku ucapkan dan mampu aku katakan. Aku tak tahu entah sampai bila aku akan menahan dan menyimpan perasaan ini. MAAF.. jujur, aku tak mampu lagi menjadi seperti dulu terhadapmu.. aku pinta semoga kau tidak mengharapkan aku untuk jadi seperti dulu terhadapmu.. aku tak mampu kerna perasaan bercampur baur yang ada untukmu ini. Marah, sakit hati, kesian, sedih, seba salah.. aku tak mampu kerna hati ku telah kosong. Aku tidak berasa apa-apa, tapi aku juga tidak menginginkan ..entahlah.. dari jauh, MAAF….

No comments:

Post a Comment